Tim. Ketua Polis Melaka : Kamaluddin ambil alih tugas Tio Tia mulai 28 Jan.

AYER KEROH 24 Jan. – Ketua Jabatan Siasatan Johor, Senior Asisten Komisioner (SAC) Kamaluddin Kassim akan menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Melaka, mulai 28 Januari ini.
Kamaluddin, 59, akan menggantikan penyandang terdahulu, Datuk Soon Tio Tia yang bertukar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada tarikh sama.
Majlis penyerahan tugas kepada bapa empat cahayamata ini akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang.
Kamaluddin anak kelahiran Muar, Johor ini telah berkhidmat dalam bidang kepolisian selama 39 tahun dan memulakan kerjayanya sebagai Inspektor pada 1979 di IPK Pulau Pinang.
Bercakap kepada MelakKini, Kamaluddin akan mengikut dasar dilaksanakan Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Raja Shahrom Raja Abdullah dari semasa ke semasa.
Beliau ditemui selepas mengiringi Tio Tia ketika mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob di Seri Negeri, hari ini.
Turut hadir, Raja Shahrom dan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Bay Eng Lai.
Kamaluddin telah berkhidmat dalam bidang kepolisian selama 39 tahun, bermula sebagai Inspektor pada 1979 di IPK Pulau Pinang.