TMM 2019: MBMB pertingkat usaha jaga kebersihan

TMM 2019: MBMB pertingkat usaha jaga kebersihan

BANDA HILIR 27 Feb.- Warga Melaka, khususnya golongan peniaga disaran menjaga kebersihan negeri itu demi kepentingan bersama.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mansor Sudin berkata, kerajaan negeri melalui MBMB antara yang diberi tanggungjawab dalam mengindahkan negeri sempena Tahun Melawat Melaka 2019 (TMM2019).

Katanya, pihak MBMB telah melantik beberapa kontraktor dalam usaha meningkatkan tahap kebersihan di negeri ini sepanjang tahun ini.

“Dari masa ke semasa pihak MBMB akan terus memantau dan pertingkatkan usaha seiring dengan cogan kata negeri Melaka pintar, hijau dan bersih.

“MBMB sentiasa menyokong dan bersama-sama dengan kerajaan negeri dalam usaha untuk mempromosikan kempen kebersihan dan TMM2019 tetapi kesedaran mengenai kebersihan itu perlu wujud dalam diri semua pihak,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Pertandingan Vlog MBMB 2019 sempena Sambutan Ulang Tahun MBMB ke-16 di Hatten Hotel di sini, tadi.

Hadir sama, Setiausaha MBMB, Azahar Mohamed.

CATEGORIES