Top 3 peranti utama pilihan pengguna

Top 3 peranti utama pilihan pengguna

TEKNOLOGI mengikut peredaran membawa pelbagai transformasi yang memudahkan kehidupan seharian.

Di Malaysia, peranti seperti telefon bimbit menjadi satu ‘trend’ terkini yang kadangkala dilihat merupakan satu kewajipan bagi setiap individu untuk memilikinya.

Menurut techradar.com, telefon bimbit jenama Samsung Galaxy S9 Plus menduduki tangga pilihan pertama pada awal tahun ini yang mempelbagaikan varian terkini seperti keluasan skrin paparan yang besar serta sistem kamera berteknologi tinggi.

Katanya, model tersebut didatangkan dengan dwi kamera 12 mega pixels (MP) dan ianya hanya satu-satunya telefon yang memiliki ‘aperture’ kamera yang besar dengan bacaan f/1.5.

Ujarnya, pelbagai peranti lain seperti komputer riba turut menjadi pilihan pengguna apabila sebuah syarikat elektronik terkenal, Huawei telah mencipta sebuah peranti terkini pada pasaran 2019.

Menurutnya, peranti tersebut dinamakan Huawei MateBook X Pro merupakan pilihan baharu pengguna selepas jenama Dell XPS 13 mengungguli tangga teratas dalam pembikinan dunia teknologi komputer riba selama beberapa tahun.

Katanya, Huawei telah berjaya mengeluarkan sebuah produk baharunya walaupun sebelum ini syarikat berkenaan tidak pernah mengeluarkan produk peranti komputer riba.

“Komputer riba ini direka dengan skrin yang memuaskan dan dilengkapi dengan komponen canggih yang mempunyai jangka hayat yang panjang.

“Komputer ini didatangkan dengan keluasan memori RAM dari lapan hingga 16GB dengan teknologi paparan 3K seluas 13.9 inci dan ianya mampu menyimpan data sebanyak 512GB,” katanya.

Sementara itu, kenyataan techradar.com berkata, televisyen turut diletakkan pada tangga ketiga yang menjadi pilihan utama pengguna masa ini.

Samsung Q9FN QLED direka dengan penuh gaya dan berteknologi Array Pelbagai Templat Penuh (FALD) dan bukannya lagi menggunakan pencahayaan LED yang terang.”

“Panel FALD berfungsi seiring dengan Samsung QLED Quantum Dots yang menghasilkan gambar yang cerah dan lebih berwarna

“Televisyen ini telah berada di tangga teratas kerana memiliki skrin paparan 4K dengan menggabungkan kecerahan dan bakat warna QLED yang belum pernah ada dicipta sebelum ini dan ianya menjadikan paparannya menjadi terang,” katanya

CATEGORIES