Ulang Tahun PH Melaka : Netizen puji kepimpinan Adly kemudi PH Melaka

Ulang Tahun PH Melaka : Netizen puji kepimpinan Adly kemudi PH Melaka

“CM yang paling kurang bercakap tapi laju buat kerja…terbaik..,” itu merupakan antara komen netizen terhadap Ketua Menteri, Adly Zahari di laman Facebook milik Adly.

Rata-rata netizen memberikan respon positif terhadap kepimpinan Adly dalam mengemudi Pakatan Harapan (PH) menerajui Kerajaan Negeri Melaka.

Buka sahaja laman Facebook rasmi miliknya AdlyZahariOfficial, pasti anda dapat melihat pelbagai program serta aktiviti dan ziarah rakyat dilaksanakannya.

Jika merujuk kepada peribahasa, keterampilan beliau boleh merujuk kepada perumpamaan, ‘Diam-diam ubi berisi’ kerana beliau nampak sahaja seperti diam tetapi realitinya dalam diam, beliau banyak merencana pelbagai perancangan bagi memastikan pembangunan ekonomi negeri dapat terus ditingkatkan.

Tidak lupa, beliau turut mengutamakan kebajikan rakyat secara menyeluruh. Disebabkan itu, majoriti netizen memuji langkah beliau yang kerap turun padang melihat sendiri keadaan rakyat tidak kira apa jua keadaan.

‘ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS’

Salah seorang netizen yang menggunakan nama profil ERynn NAzmy menganggap Adly sebagai seorang yang kurang bercakap tetapi kuat bekerja melunaskan tanggungjawab sebagai pembela nasib rakyat.

“Tahniah tuan. Ini yang dinamakan ‘action speaks louder than words’.

“Saya tak nafikan banyak projek yang lama tak siap-siap, akhirnya nampak ‘progress’ dan hampir siap contohnya di Sungai Udang tu.

“Lapan tahun saya ulang alik kerja di sana tak gerak-gerak kerja. Ni baru la nampak progress. ‘Flyover’ di MITC pun siap dengan cepat sebab saya kerja area sana so memang lama dah perhati kerja kat sana lama nau nak siapnya sebelum ini.

“Teruskan. Semoga Allah merahmati kerja yang dibuat atas tanggungjawab dan keranaNYA,”katanya.

 

PERUNTUKAN TAPEM RM15 JUTA DAPAT PUJIAN NETIZEN

Baru-baru ini Kerajaan negeri melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) memperuntukkan RM15 juta setahun bagi pinjaman dan dermasiswa kepada pelajar menyambung pengajian dalam pelbagai bidang pendidikan di luar negara.

Adly menjelaskan program Dermasiswa TAPEM yang julung kali diperkenalkan itu menaja delegasi pertama membabitkan seramai 27 pelajar dalam bidang pengajian Islam ke Universiti Al-Azhar, Mesir membabitkan jumlah peruntukan RM20,000 seorang selama empat tahun pengajian.

Beliau berkata, kaedah pemilihan itu dinilai oleh Sekretariat Pengurusan Pelajar Luar Negara (SPPLN) terhadap pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang memperoleh mumtaz dan jayyid jiddan dalam peperiksaan 2018.

Menerusi peruntukan tersebut, rata-rata netizen memuji langkah kanan yang diambil oleh kerajaan negeri dan mahu Adly memperkasakan lagi sebarang usaha bagi membela anak Melaka yang belajar di luar negara.

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama profil Sinar Suria mengucapkan terima kasih kepada Adly kerana kini anaknya sudah dapat masuk Wisma Melaka Mesir.

Ianya adalah hasil daripada konsep keterbukaan Kerajaan Negeri Melaka dalam menyokong segala jenis pembangunan melibatkan pendidikan pelbagai peringkat.

 

TENDER TERBUKA TANPA KRONI DISOKONG NETIZEN

 

PH Melaka sebelum ini telah mengumumkan bahawa tiada lagi projek yang dipegang oleh kroni-kroni tertentu sehinggakan pelbagai projek sama ada kecil hingga besar dikawal oleh kronisme.

Sehubungan itu, di bawah Kerajaan Negeri Melaka sistem tender secara terbuka diamalkan, dan lantikan kontraktor adalah mengikut saringan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Netizen menyambut baik pelaksanaan tersebut, malah mahu kerajaan negeri terus amalkan sistem tender terbuka kerana ia lebih adil dan saksama.

Salah seorang netizen, Nur Cahaya menerusi komennya, sebelum ini kontrak hanya diberikan atas arahan pemimpin kerajaan sebelum ini dan bukannya mengikut saringan.

“Kalau sebelum ini, nak dapatkan kontrak punyalah susah YB, sebab pada tangan Pengarah dulu sudah ada senarai nama khas untk diberikan kontrak sahaja atas arahan bekas CM.Harap kali ini biarlah telus dan boleh buat kerja dan bukannya gunakan sijil org lain,” katanya.

Manakala bagi Mohd Sholihin Bakar, beliau menerusi komennya menjelaskan semua kontraktor yang dilantik harus dipantau dan diberi kerja.

“Pastikan smua kontraktor yg dilantik dipantau dan diberi kerja. Jangan pilih yang sama. Bagi pada kontraktor yang berdaftar dan mempunyai profil yang baik. Tidak mengikut syarat dan ‘safety’ pastikan tindakan. Baru kontraktor akan trus maju,” katanya.

CATEGORIES
TAGS