UMG Corporate Consultans pembayar zakat tertinggi keseluruhan 2018

UMG Corporate Consultans pembayar zakat tertinggi keseluruhan 2018

BANDAR HILIR 5 Mac – UMG Corporate Consultans dinobatkan sebagai pembayar zakat tertinggi keseluruhan kategori syarikat korporat pada Majlis Anugerah Khas Zakat Bagi Majikan Sektor Awam & Swasta 2018 yang berlangsung semalam.

Manakala tempat kedua dimenangi Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dan tempat ketiga disandang Petroliam Nasional Berhad.

Hadiah disampaikan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Adly Zahari pada majlis yang diadakan di Hotel Holiday Inn di sini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Md Azhan Samat; Setiausaha MAIM, Azman Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka (ZM), Abdul Halim Ismail.

Antara agensi yang menerima anugerah zakat bagi sektor awam adalah (JAIM – jabatan negeri), Polis Diraja Malaysia (PDRM – jabatan persekutuan), MAIM (badan berkanun negeri), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN – badan berkanun persekutuan) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rambai (sekolah menengah).

Agensi awam lain adalah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB – Pihak berkuasa tempatan), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM – institut pengajian tinggi), Hospital Melaka (hospital/klinik kerajaan) dan Hospital Kem Terendak (tentera).

Manakala agensi swasta yang menerima anugerah adalah Petrolian Nasional Berhad (syarikat persekutuan negeri Melaka), SAMB (syarikat kerajaan negeri), MITC Bowplex Sdn. Bhd. (anak syarikat kerajaan negeri) dan MayBank Berhad & Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (perbankan).

Agensi swasta lain adalah, Infineon Tech. (M) Sdn. Bhd (kilang), Salina Taib & Co (guaman), Hotel Kings (hotel), Universiti Multimedia (MMU – IPTS) dan Putra Speciallist Hospital (PSH – hospital swasta).

Bayaran zakat tertinggi kategori syarikat korporat terdiri SAMB (anak syarikat kerajaan negeri), Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (bank), Bersatu Tenaga Malaysia Berhad (koperasi), Selia Selenggara (selatan) Berhad (syarikat swasta), UMG Corporate Consultans (agen mata) dan MayBank (bank).

Antara objektif majlis tersebut diadakan sebagai penghargaan dan suntikan kepada majikan untuk menggalakkan kakitangan mereka melaksanakan kewajipan berzakat.

Selain itu, ia juga untuk memberi galakkan kepada majikan atau syarikat melaksanakan potongan zakat melalui gaji kepada kakitangan mereka.

 

CATEGORIES