Usaha Ketua Menteri bertemu rakyat harus dicontohi

Usaha Ketua Menteri bertemu rakyat harus dicontohi

BANDARAYA MELAKA 14 Sept.  – Sejak program ‘Hari Bertemu Rakyat’ yang diperkenalkan Ketua Menteri, Adly Zahari berjaya memberi peluang kepada ribuan rakyat negeri itu menyuarakan sendiri permasalahan mereka secara terbuka kepada pucuk kepimpinan negeri.

Tanpa sebarang protokol, program yang berlangsung di Dewan Seri Bendahara pada setiap Jumaat itu mendapat sambutan baik daripada rakyat Melaka tanpa mengira latar agama, bangsa dan fahaman politik.

Antara jabatan dan agensi yang terlibat ialah Pejabat Tanah Dan Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ,Imigresen dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

SITI Juhaidah

Sementara itu,   penjawat awam, Siti Juhaidah Jamari, 38, berkata, program seperti sangat bagus kerana ia memberi peluang kepada rakyat untuk menyuarakan masalah mereka terus kepada Ketua Menteri.

“Tiada birokrasi dan masalah itu juga boleh diselesaikan dengan pantas kerana wakil setiap jabatan dan agensi turut berada di program itu,” katanya.

Mohd Abdul Redzuan, 59, kakitangan swasta berkata, jika dahulu sukar untuk kita bertemu pemimpin nombor satu negeri Melaka tetapi di bawah kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan ia mudah.

Katanya, Ketua Menteri sendiri turun padang dan bertemu rakyat setiap minggu, usaha yang baik dan harus di contohi oleh pemimpin lain.

“Perubahan positif seperti ini memberi tanggapan yang baik terhadap kerajaan PH yang sentiasa mendahulukan rakyat,” ujarnya.

CATEGORIES
TAGS