Usaha MELBERT mula raih populariti

Usaha MELBERT mula raih populariti

BANDARAYA MELAKA 25 Sept. – Pasukan medik bergerak terdiri pakar perubatan, doktor dan paramedik dari Jabatan Kecemasan Hospital Melaka (HM) melakukan perkhidmatan secara percuma menggunakan konsep seperti Perpustakaan Bergerak mula diperkenalkan di beberapa lokasi terpilih.

Pasukan dikenali dengan nama Melaka Bicycle Emergency ResponseTeam (MELBERT) itu mengayuh basikal mengelilingi kawasan pelancongan sekitar Bandar Melaka bagi memberi bantuan kecemasan yang pantas kepada mereka yang memerlukan.

Antara lain inisiatif tersebut bertujuan memberi bantuan awal sekiranya ambulans yang dihubungi lambat sampai akibat berdepan kesesakan teruk.

Rasionalnya, dengan kewujudan pasukan MELBERT ini, pesakit akan mendapat bantual awal kecemasan
bagi meringankan beberapa kesukaran yang dihadapi sementara menunggu ambulans tiba di tempat kejadian.

Menurut MELBERT, idea menarik ini menjadikan mereka pasukan medik pertama di negeri ini melakukan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat menerusi kaedah turun padang menaiki basikal.

Dalam perkembangan lain, orang ramai yang ditemui berkata, usaha sekumpulan pakar perubatan itu sangat bermanfaat kepada masyarakat, malah khidmat itu memang mendapat permintaan.

CATEGORIES
TAGS