Usaha sama bangunkan Sungai Siak Waterfront City

Usaha sama bangunkan Sungai Siak Waterfront City

PEKANBARU (INDONESIA) 11 Feb. – Pesawat Malindo Air yang membawa delegasi Melaka ke PekanBaru, Indonesia selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Syarif Kassim II kira-kira jam 12.35 tengah hari tadi.

Delegasi diketuai Exco Pelancongan, Kebudayaan & Warisan Negeri, Datuk Muhamad Jailani Khamis itu disambut Sekretaris Dinas Pariwisata PekanBaru Riau, Ardiansyah Eka Putra.

Turut menyambut ketibaan rombongan dari Melaka, wakil-wakil Pariwisata PekanBaru Riau.

Lawatan itu bagi menjalinkan usaha sama melibatkan beberapa syarikat swasta di Melaka untuk membangunkan Sungai Siak Waterfront City di PekanBaru.

Lawatan turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Azlan Abidin; Pegawai Khas Hal Ehwal Masyarakat Melayu, Jabatan Ketua Menteri, Mohamad Ali Shariff; Pengurus Besar Perbadanan
Muzium Melaka (PERZIM), Fadilah Md. Salleh; Pengurus Besar Sungai Melaka Ventures Sdn. Bhd., Rafee Ibrahim serta wakil-wakil agensi berkaitan.

Rombongan telah mengadakan perjumpaan bersama Direktor Dinas Pariwisata Propinsi Riau di kediaman beliau di sini, kira-kira jam 4.30 petang.

CATEGORIES
TAGS