UTeM imbau sejarah jadi institut teknikal pertama di Malaysia
DURIAN TUNGGAL 25 Feb – Pelancaran logo dan sambutan ulang tahun ke-20 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengimbau sejarah institusinya sebagai universiti teknikal pertama di Malaysia.
Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Raha Abdul Rahim berkata, dahulu UTeM dikenali sebagai Kolej Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM).
“UTeM mula ditubuhkan pada 1 Disember 2000 terus melakar pencapaian kejayaan di peringkat nasional dan pentas dunia selama dua dekad.
“Pada pelancaran logo sambutan ulang tahun ke-20 UTeM ini turut diadakan aktiviti meletak logo tersebut pada setiap bahan promosi universiti.
“Sempena 20 tahun penubuhan UTeM, pelbagai program dan agenda telah dirancang dan akan diadakan sepanjang tahun ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Logo dan Sambutan Ulang Tahun ke 20 UTeM di Dewan Canselor UTeM, baru-baru ini.
Jelasnya, pelbagai program dirangka seperti Grand Orchestra Concert, Karnival Keajaiban Sains, Forum Inovasi Malaysia serta program akademik, kesenian dan kebudayaan, kesukanan, tanggungjawab sosial korporat serta STEM.
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Prof Dr. Zulikilie Ibrahim dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Prof Dr. Nurulfajar Abd Manap.