Waspada urus niaga atas talian

Waspada urus niaga atas talian

AYER KEROH 4 MAC – Masyarakat perlu mengambil berat dan memberi penekanan terhadap pembelian barangan secara atas talian.

Timbalan Presiden Pertubuhan Mesar Pengguna (PMPM), Azlin Othman berkata, ini kerana terdapat golongan yang tidak amanah dengan mengambil kesempatan menipu dalam urusan jual beli dalam talian.

“Akibatnya, banyak kes penipuan Internet telah dilaporkan sejak akhir-akhir ini.

“Dalam Akta Perlindungan, Pengguna 1999, mereka akan dilindungi dan tindakan boleh diambil sekiranya peniaga didapati bersalah dalam urusan perniagaan ini.

“Pengguna harus beringat bahawa terdapat pelbagai kesan yang akan dihadapi sekiranya tidak berwaspada dengan perniagaan atas talian ini,” katanya.

Menurutnya, setiap pembeli dinasihatkan agar tidak terburu-buru ketika hendak membeli sesuatu barangan, sebaliknya semak terlebih dulu status syarikat sama ada berdaftar atau tidak.

CATEGORIES