YSBIJRC’19 : Uji kecekapan minda pelajar

YSBIJRC’19 : Uji kecekapan minda pelajar

MERLIMAU 7 Feb. – 12 kumpulan pelajar Jabatan Kejuruteraan PMM berentap merebut gelaran juara pada Program Your Smart Brain Is Just Right Challenge 2019 (YSBIJRC’19).

Timbalan Pengarah (Akademik) Politeknik Merlimau Melaka (PMM), Rosita Zainal berkata, program itu memfokuskan pertandingan matematik, sains dan komputer bagi menguji kecekapan minda pelajar.

“Terdapat juga permainan dan kuiz- kuiz ringkas aplikasi dalam bidang tersebut buat para pengunjung mengetengahkan bakat mereka.

“Program ini memupuk minat pelajar mengenai kursus melibatkan subjek matematik, sains dan komputer,” katanya pada program tersebut di Dewan Platinum PMM, baru-baru ini.

Pada program itu, Kumpulan Mega dinobatkan juara keseluruhan, manakala tempat kedua Kumpulan Nano dan tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan Deci.

Program anjuran Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK) itu, dihadiri Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Mohamad Nazri Ismail dan Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Intanku Salwa Shamsuddin.

CATEGORIES