Ziarah Kasih : Dengar rintihan warga emas

Ziarah Kasih : Dengar rintihan warga emas

ALOR GAJAH 1 Feb. – Seorang warga emas, Ramlan Ahmad, 63, menerima kunjungan Exco Wanita, Kebajikan & Pembangunan Luar Bandar, Ginie Lim Siew Lin pada program Ziarah Kasih di Hutan Percha, baru-baru ini.

Ramlan yang menghidap penyakit kencing manis tinggal bersama ibunya yang uzur turut menerima sumbangan daripada Ginie pada lawatan tersebut.

Ginie pada lawatan itu sempat bertanya khabar dan meluangkan masa mendengar permasalahan dihadapi Ramlan.

Pada lawatan itu, Ginie meminta supaya Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) menguruskan permohonan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

“Usaha ini sebagai tanda prihatin bagi membantu meringankan beban golongan kurang bernasib baik.

“Diharap golongan memerlukan ini dapat bantuan dari pihak JKM dan MAIM demi kelangsungan hidup,” katanya.

Difahamkan, jari Ramlan dipotong akibat penyakit kencing manis dihidapinya.

CATEGORIES