Zoo Melaka & Night Safari mula operasi 5 Okt. 2018

Zoo Melaka & Night Safari mula operasi 5 Okt. 2018

AYER KEROH 4 Okt. – Zoo Melaka dan Night Safari akan dibuka semula kepada pengunjung bermula 5 Oktober 2018 ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) telah mengambil alih pengurusan zoo itu dari Syarikat Konsortium KKW Sdn. Bhd. sejak Isnin lalu.

Menurutnya, pengurusan zoo baharu telah berbincang dengan syarikat tentang urusan peralihan pengurusan dan harga tiket akan kekalkan seperti sebelum ini.

“Antara faktor yang kita ambil kira ialah kesihatan dan keselamatan haiwan dan pengunjung, jika zoo tidak bersih ia akan menimbulkan rasa kurang selesa kepada pengunjung,” katanya dalam sidang media di Seri Negeri di sini, hari ini.

Terdahulu, MPHTJ dan KKW Sdn. Bhd. telah mengadakan pertemuan untuk mendapatkan persetujuan antara kedua pihak bagi proses ambil alih dan MPHTJ dibenarkan masuk serta memulakan proses inventori haiwan dan penilaian aset bermula 29 September 2018.

Manakala KKW Sdn. Bhd. diberi tempoh 14 hari bermula 28 September lalu hingga 11 Oktober ini bagi proses peralihan.

CATEGORIES